Tuesday, March 25, 2008

Merapi Oh Merapi

Rasanya dah lama sangat tak jengok blog ni ... ish ish dah bersawan rupanya. sejak entri terakhir, memang rasa hopeless sangat ! sebenarnya tak ada apa special yang nak di update. well, we're suppose to head to palestin masa cuti sekolah yang lepas tapi terpaksa dibatalkan on the eleventh hour sebab pergolakan terbaru yang terjadi disana. kata our guide, pihak regim telah sealed off the border, jadi no way we can enter. further more keadaan masa tu sangatlah huru hara dan merbahaya.

pilihanraya telah pun berlalu but then rasa sangat menyampah pulak dengan the series of post election events yang berlaku. by the way i cast my vote for the first time walau pun dah registered dengan spr since 1988. rasa banggalah pula sebab calon yang menerima pangkahan pertama saya tu menang ! eeeee geram pun ada ..... ada ke patut adun adun di negeri kelahiran aku nak tunjuk act pulak dengan Tuanku Sultan. sedih rasanya melihat perangai those useless politicians. manalah lafaz 'kesetiaan pada raja dan negara' yang menjadi tunggak rukun negara.

disebabkan tersangat menyampah dengan isu isu semasa yang berlaku, we decided to surf the net, and there we were.

..... our flight on malaysia airline ke jogjakarta mengambil masa hampir 2 jam setengah. seperti lapangan terbang di bandar aceh, medan, bali dan bandung, lapangan terbang adisucipto di jogjakarta juga agak usang dan tidak begitu impressive. memandangkan hari cuti umum good friday, maka perjalanan dari lapangan terbang ke hyatt hanya mengambil masa 15 minit.


(gunung merapi yang jelas kelihatan dari bilik kamar)

as it was not a plan trip, kami agak at a lost apa yang nak di buat di jogja. our main aim was to visit candi borobudur (now that we've visited 6 out of the 7 wonders of the world). the hotel was amazing with very nice landscape and fantastic scenery facing the golf course and mount merapi.


(candi borobudur yang banyak menerima kunjungan penduduk tempatan dan luar negeri).

disamping candi borobudur, kami juga mengambil kesempatan menyusuli jalan desa ke kaki pergunungan merapi - the scenery was great dengan ladang buah salak di kiri kanan jalan ke kaki gunung.


sempat juga ke universitas gadjah mada (UGM) - antara universiti tertua dan terfamous di indonesia. rasanya ramai juga penuntut malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran disana.


(penuntut UGM yang sedang menjamu selera - the best part is puluhan warung di sekitar kawasan universiti tidak menyediakan kerusi meja untuk pelanggan mereka, so that explain makan sambil bersila !)

the shopping district sekitar jalan malioboro tersangat padat dengan ribuan manusia (naik pening kepala pulak dibuatnya). terdapat banyak batik tulis yang memang cantik cantik. seorang pedagang batik di kawasan tersebut memberi tahu terdapat beberapa orang dari kuala lumpur datang ke kedainya bagi menempah pakian pengantin.

and as usual, what ole ole do I get for myself ? ..... NOTHING !. dan cuba tanya the same question to my wife. yang menghairankan, kalau shopping tak pernah dia mengeluh penat !