Saturday, April 3, 2010

Perjalanan Ke Al-Quds

Rencana untuk menziarah masjid al aqsa di al-quds @ baitul maqdis yang terletak di old city of jerusalem di wilayah tebing barat palestin dirancang hampir 6 bulan lalu. Setelah sekian lama menunggu akhirnya permohonan group visa serta security clearance untuk memasuki wilayah tebing barat telah diluluskan oleh pihak keselamatan israel pada akhir januari 2010. Kami memulakan perjalanan ke damuscus, syria sebelum ke amman, jordan.

Perjalanan ke sempadan jordan palestin mengambil masa lebih dari satu jam dari amman. Kami memasuki tebing barat melalui Allenby check point @ king hussain bridge. perasaan berdebar dan khuatir mula terasa selepas kami melintasi security check point pertama pihak keselamatan israel yang lengkap bersenjatakan M-16. Walaupun kami tiba di imigresen check point sebelum 10.00 pagi, sudah berbaris panjang warga palestin dan pelancung asing. Sungguh aneh, tebing barat milik palestin tapi urusan imigresen dan keselamatan di kendalikan sepenuhnya oleh yahudi israel. memandangkan pihak imigresen israel telah dimaklumkan akan kedatangan kumpulan kami,maka mereka membuka satu laluan khusus untuk kami. Tidak pernah terfikir di hati saya, untuk melepasi pihak imigresen sahaja kami terpaksa melalui enam pasport control. Proses pasport control agak lancar dan memakan masa satu jam setengah. Tuhan saja yang tahu betapa resahnya kami apabila dua orang ahli kumpulan kami dipanggil untuk soal siasat hampir 2 jam oleh pihak keselamatan israel. Yang menakjubkan saya hampir kesemua warga yahudi yang mengendalikan soal imigresen dan keselamatan di check point tersebut dilakukan oleh anak anak muda mereka yang saya anggarkan berumur dalam dua pulohan sahaja.

Pemandu kami di tebing barat adalah seorang warga palestin beragama islam. walaupun dia sudah berumur 69 tahun tapi masih terpaksa bekerja bagi menyara kehidupan keluarganya. Sebelum ke jerusalam kami berhenti makan di Jericho.Kami terpaksa melalui 2 lagi security check point sebelum tiba di east jerusalem. di setiap check point kami di minta menunjukan pasport dan visa yang asal.Di sepanjang perjalanan saya dapat melihat beberapa penempatan yahudi yang didirikan atas tanah milik rakyat palestin serta tembok concrete yang didirikan oleh pihak israel yang memisahkan bumi palestin. Tembuk tersebut seakan akan tembuk berlin yang memisahkan german barat dengan jerman timur. cuma bezanya di tembok yang didirikan oleh yahudi itu tidak terdapat lukisan lukisan grafiti.


(pemandangan hadapan masjidi al aqsa di al-quds @ baitul maqdis. masjid asal terletak dibawah bangunan masjid ini)


Memasuki baitul maqdis untuk ke masjidil al aqsa adalah impian saya sejak sekian lama. Masjid al aqsa banyak disebut dalam al quran dan pernah dikunjungi oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa peristiwa israq dan mi'raj. Masjid al aqsa boleh dimasuki dari beberapa pintu yang dikawal ketat oleh pihak keselamatan israel. Kebetulan semasa kunjungan kami, penganut yahudi sedang merayakan passover holiday, maka bandar jerusalem dipenuhi oleh ratusan ribu penganut yahudi yang datang dari setiap pelusuk benua. Ini ditambah pula dengan penganut kristian yang berkunjung ke holly land mereka. pada waktu solat waktu kebenaran untuk memasuki pintu kota baitul maqdis untuk ke masjid al aqsa hanya diberikan kepada warga palestin yang berumur lebih 50 tahun dan pelancung beragama islam. Untuk melepasi pihak keselamatan israel, saya terpaksa menunjukan pasport. saya juga diminta membaca surah al-fathihah oleh pihak keselamatan israel bagi membuktikan saya seorang islam.

saya begitu sayu dan terpegun kali pertama melihat masjid al aqsa dan doom of the rock @ qubbah al-sakhrah. Ini mengingatkan kesayauan saya kali pertama melihat kaabah lebih 10 tahun lalu. Saya mengambil kesempatan melakukan solat tahiyatul masjid dan solat sunat dhuha di dalam masjid al aqsa yang asal yang merupakan seakan akan sebuah gua (masjid al aqsa sekarang dibina diatas gua tersebut). semasa kumpulan kami sedang berbual dengan imam di dalam masjid, seorang askar yahudi lengkap dengan senjata M-16 memasuki masjid untuk meninjau perbuatan kami didalam masjid. sementara menunggu waktu zohor saya sempat berbual dengan imam tersebut serta beberapa warga palestin lain.sedih mendengar tentang penderitaan serta kekecewaan rakyat palestin kerana tidak mendapat pembelaan dari pemimpin pemimpin negara islam lain (mungkin saya akan ceritakan tentang keluhan, kesengsaraan, kehampaan, penderitaan serta harapan rakyat palestin dalam tulisan saya yang lain). kesempatan menunaikan solat maghrib dan isyak di masjid al aqsa dan doom of the rock tidak saya lepaskan. Yang menyedihkan pihak yahudi tanpa menghormati umat islam yang sedang sembahyang berpesta riuh dengan music yang kuat di kawasan dataran di bawah masjid al aqsa sehingga menganggu jemaah yang sedang solat. Ini kerap dilakukan sewaktu umat islam sedang melakukan solat terutamanya pada waktu maghrib dan isyak.



(doom of the rock @ qubbah al-sakhrah dilihat dari hadapan masjid. semua bangunan di kawasan ini termasuk masjid utama, doom of the rock, masjid Al-Buraq dan masjid Umar merupakan komplex yang dipanggil masjidil al aqsa. pihak yahudi sekarang sedang membuat propaganda dengan mengatakan bahawa doom of the rock bukan merupakan sebahagian daripada masjidi al aqsa. orang yahudi percaya tapak dome of the rock merupakan tempat paling suci agama mereka dan berhasrat untuk memiliki tapak tersebut)


Sepanjang pemerhatian saya, pelancung yang bukan berugama islam (yahudi dan kristian) hanya dibenarkan melawat perkarangan masjid al aqsa dan doom of the rock (tempat nabi muhammad s.a.w memulakan perjalanan ke langit ketujuh. batu tersebut merukan batu yang ingin mengikuti rasullullah ke langit tapi dihalang oleh baginda) di waktu umat islam tidak mengerjakan solat waktu. mereka hanya dibenarkan ke perkarangan masjid dalam kumpulan yang kecil dan akan diiringi oleh pihak keselamatan israel yang lengkap bersenjata.


(pemandangan di satu sudut di dalam masjid al aqsa yang asal yang dipercayai merupakan tempat nabi muhammad s.a.w melakukan solat sebagai imam bersama para nabi yang lain semasa peristiwa israk dan mi'raj)


sesungguhnya saya rasa sangat bersyukur kerana telah dipilih menjadi tetamu Allah menziarahi masjid ketiga tersuci ini. beberapa hari sebelum kedatangan kami satu kumpulan dari indonesia telah dihalang oleh pihak keselamatan israel daripada memasuki masjid al aqsa.