Friday, August 24, 2012

Robbin Hook Indon

ceritanya coming soon .......

Tuesday, August 21, 2012

Ramadhan Kareem

Alhamdulillah, niat untuk sekali lagi menghabiskan 10 malam terakhir ramadhan tahun ini di masjid al haram tercapai. hasrat itu didorong kuat oleh keinginan untuk mendekati diri dengan yang Maha Esa serta kerinduan saya kepada suara merdu imam imam masjid al haram. Setidak tidaknya disana saya dapat melupakan semua urusan kerja dan dapat menumpukan sepenuh waktu mendekati diri pada yang Maha Esa. Kota Medina al Munawarah dan masjid Nabawi tidak banyak berubah tapi jumlah jemaah di ramadhan kali ini rasanya lebih ramai dibanding 3 tahun lalu. kesesakan di raudah dan makam nabi sangat ketara. walaupun kali ini saya tidak berpeluang menunaikan solat dan berdoa di dalam raudah (kerana kesesakan yang terlampau), saya masih bersyukur kerana diberi peluang lagi oleh yang Maha Esa untuk mengungungi kota suci nabi kita. Keadaan di kota suci Mekkah agak berbeza dibandingkan dengan kunjungan-kunjungan saya dulu. tidak lagi terdapat hotel hotel sederhana di sekeliling masjid al haram kerana sudah di robohkan bagi digantikan dengan hotel hotel baru. penginapan saya kali ini agak jauh dari masjid al haram, mungkin sekitar 600 hingga 700 meter dari masjid. hasrat untuk berpindah ke hotel swissotel yang berdekatan (150 meter) dari masjid saya terus pendamkan kerana harganya agak tinggi (from rm 40,000.00 untuk 10 malam terakhir ramadhan and excluding food). saya berfikir, lebih elok jika saya gunakan wang sebanyak itu untuk bersedekah. cost of living juga naik secara mendadak dibandingkan 3 tahun dulu. kalau dulu tambang taxi untuk mikat di tanaeem sekitar rm 40.00 - 50.00, tapi sekarang sudah rm 150.00. harga makanan dan keperluan lain juga melambung tinggi. jika fenomena ini tidak di kawal, saya khuatir satu hari nanti hanya orang orang yang sangat kaya sahaja dapat melakukan ibadah haji dan umrah. tapi tujuan saya ke kota suci mekkah kali ini bukanlah untuk memikirkan hal hal tersebut, tapi untuk beriktiqaf, bertarawih dan bertahajjud di masjid suci ini. hati saya menjadi begitu sayu setiap kali saya solat dan melihat kaabah di hadapan mata saya. seperti pengalaman pengalaman dulu, 10 hari terakhir di bulan ramadhan di tanah suci mekkah al Mukarammah sangat mencabar dengan cuaca yang sangat panas, penginapan yang agak jauh, kesesakan yang terlampau di masjid akibat jumlah jemaah yang sangat ramai serta pelbagai ragam yang anih dari para jemaah dari setiap pelusuk dunia. sesungguhnya kesusahan dan kesabaran itu membuatkan kita lebih insaf dengan nikmat dan rezeki yang Allah berikan pada kita. Alhamdulillah, saya sekali lagi diberikan oleh Allah kesihatan yang baik semasa di sana dan dapat menyempurnakan ibadah yang saya hajati. Berbekalkan pengalaman dulu, saya tidak banyak melakukan umrah di bulan puasa kali ini (walaupun pahala menunaikan umrah dibulan puasa sama dengan pahala seseorang itu mengerjakan haji) kerana saya mahu conserve tenaga saya untuk ibadah solat malam. keasikan suara imam al amki dan sheikh maher ketika mengimamkan solat tarawih yang mengambil masa lebih 2 jam tidak terasa lamanya. begitu juga 10 rakaat solat tahajjud (disatukan sengan solat tasbih) yang dimamkan oleh saud al shuraim dan abdurraman al sudess sangat sayu dan sahdu. solat yang bermula jam 1 pagi dan berakhir sekitar jam 3.30 pagi banyak memberi kesedaran dan rasa kesukuran buat diri saya. seperti juga imam dan jemaah jemaah lain, hati saya begitu sayu dan terharu, dan saya akan menangis kesedihan ketika melakukan solat tahajjud. seperti biasa, malam 27 ramadhan adalah malam kemuncak yang ditunggu tunggu. sewaktu imam al sudess membaca doa yang mengambil masa hampir 30 minit di akhir solat withir,beliau akan teresak esak menangis begitu juga dengan keseluruhan jemaah, menjadikan suasana yang tersangat pilu dan sangat menginsafkan ....... malam ke 29 tidak kurang hebatnya. selepas khatam quran akhir solat tarawih, imam al sudess juga akan membaca doa yang panjang dan dan seperti suasana pada malam ke 27, ia juga merupakan malam yang sangat sahdu. mungkin dia merasa tersangat sedih kerana ramadhan akan pergi meninggalkan kita. teringat saya pada pertanyaan seorang teman. 'why do you spend so much money for your end of ramadhan's umrah, wherelse you can cut cost if you perform the umrah at non peak season ? and my answer was very simple. " I pay the money just to cry " Salam eidul fitr to all ...

Fort de Koch @ Bukit Tinggi

Hasrat ke bukit tinggi di Padang,Indonesia tercapai seminggu sebelum Ramadhan. Walaupun sudah kerap ke Indonesia, bukit tinggi adalah kunjungan pertama saya. Penerbangan ke Padang dari Kuala Lumpur mengambil masa satu jam. setibanya di bandara internasional Minangkabau, kami terus ambil taxi ke bukit tinggi. perjalanan hampir 3 jam dengan bayaran 250 ribu ruppiah agak meletihkan, ditambah dengah jalan yang macet dan migraine yang dirasai sejak beberapa hari yang lalu. di sepanjang jalan banyak gerai-gerai yang menjual durian dan tempat tempat perkelahan di pinggiran air terjun. Tujuan utama ke bukit tinggi adalah untuk membeli telekung sulaman @ sulam goyang bagi disedekahkan dibulan ramadhan (lebihan di jual). rata-rata hotel di bukit tinggi agak sederhana. di pusat bandar tiada terdapat hotel 5 bintang. kami menginap di sebuah hotel bertaraf 3 bintang (tapi realitinya bertaraf 1 bintang). dari hotel ke pasar atas (tempat jualan telekung) mengambil masa 10 minit dengan menaiki pengangkutan awam @ angkut (bayaran 2 ribu ruppiah). Pasar atas adalah tempat membeli belah telekung dan keperluan pakainan muslim terletak berhampiran jam gadang, landmark utama di bandar bukit tinggi. Harga telekung memang murah di pasar atas dan harganya berbeza menurut jenis kain dan sulamannya. Telekung sulam goyang yang cantik berharga sekitar 1 juta ruppiah @ rm 350.00 sahaja, berbanding dengan harga di kuala lumpur yang dijual sekitar rm 900.00 hingga rm 1200.00. Nasi padang adalah signture dish di bukit tinggi dan terdapat banyak sekali restoran yang menjual makanan tersebut disana. well, having said and done, saya masih prefer nasi padang di restoren di jalan yap kwan seng KL atau di jalan kacang raya Jakarta. Satu lagi yang menjadi kegilaan saya semasa di bukit tinggi adalah menaiki bendi @ horse cart mengelilingi kota bukit tinggi. walaupun harganya agak mahal kerana mereka mengenakan tourist rate, but it's worth the money and experience. Berhampiran jam gadang terdapat base untuk bendi-bendi tersebut. Sebelum pulang kami menginap satu malam di hotel 5 bintang di bandar Padang. Hotelnya baru dan belum sepenuhnya siap. Semasa dalam perjalan pulang ke airport, kami di beritahu oleh pak supir bahawa hotel yang saya menginap itu baru di bina semula dan ditukar dengan nama baru. Hotel asal di tapak itu ranap sama sekali akibat gempa bumi beberapa tahun dulu. ramai juga tetamu di hotel tersebut tertimbus akibat kejadian gempa itu. Seram sejuk saya dia buatnya . No wonder the hotel offer a very good rate !!!!

Thursday, August 2, 2012