masa dinner malam khamis lepas, rj @ fdm tanya samada aku nak ikut dia ke amsterdam. entah kenapa, secara spontan aku kata okay. rj kena attend training session kat headquarters dia selama dua hari. esok petangnya aku collect ticket kat KLM office di park royal and there we goes .... 3 days latter we were on our way en route to amsterdam. ish ish macam tak percayalah pulak, decision nak pergi amsterdam dibuat on the spot. nak balik kampung pun mau fikir seminggu. of course isteri aku thought i was joking bila aku bagitahu dia 'i'm off to amsterdam in 3 day's time'. sebenarnya aku dah pun 2 kali pergi amsterdam, pertama in 1986 dan kali kedua semasa bercuti bersama isteri & anak-anak pada tahun 2003. btw, terima kasih kak p**h kerana belanja makan malam tu.
penerbangan terus ke lapangan terbang schipol selama hampir 12 jam agak meletihkan sebab aku masih meneruskan tugas on call dua jam sebelum aku mengambil erl ke klia. dah memang begitu selalu, time aku nak pergi bercuti, masa tu lah pulak banyak kes. on arrival at 5.00 am, cuaca dah terang benderang sebab dah masuk musim panas (summer). seperti kebanyakan negara eropah, sistem pengangkutan awam di sini sangat komprehensive dan mudah. kami mengambil shuttle service yang di sediakan oleh pihak hotel yang terletak hanya beberapa km dari lapangan terbang. selepas check ini, kami keluar semula untuk explore the city.
dari schipol airport kami menunggu bas untuk ke schipol oost sebab rj nak kena beli something for his friends di klm shoppe. punyalah lama tunggu barulah ada bus. tak tahulah pulak syarikat bus ke laluan tersebut sedang melancarkan mogok. yang bestnya mereka ambil penumpang tapi tak ambil tambang. kalaulah malaysia airline atau airasia buat mogak macam ni kan best !. kita memang bernasib baik sebab on the way balik ada pulak a beautiful young dutch lady yang sudi tumpangkan kereta dia, kalau tidak tak tahulah berapa lama nak kena menunggu.
memandangkan the following 2 days rj will be busy dengan training session dia, jadi sebelah tengah hari kami buat perancangan untuk explore the city. keretapi dari schipol station ke amsterdam sentraal mengambil masa 20 minit. so apa specialnya amsterdam !!!!. 'the sex capital of the world' (sorry tiada gambar gambar XXX untuk diupload kerana this time tak pergi red light district), 'bandaraya basikal' , 'bandaraya bunga turlips', 'bandaraya terusan air'.

the presence of hundred of thousands of bicycle in the city is very interesting and unique. no wonder susah nak jumpa warga amsterdam yang berperut boroi sebab mereka burn the calories dengan berbasikal
bandaraya amsterdam juga unik dengan terusan terusan air yang cantik (airnya agak kotor jika dibandingkan 20 tahun lalu). amsterdam merupakan banyaraya eropah yang sangat senang untuk explore - untuk first timer pun confirm tak sesat. pada musim summer amsterdam adalah merupakan tourist city. secara amnya orang belanda adalah seperti warga switzerland - sangat peramah, very helpful dan tourist friendly.

windmill - lagi trademark of netherlands. looorrr teringatlah pulak lagi windmill of my mind !


and thank you puan azlina & suami, theo (opps lupa nak tanya nama islam dia) yang sudi menerima kunjungan kami ke rumah mereka serta belanja makan kat restoran morocco tu. seronok dapat berbual dan mengenali orang muar yang dah lama menetap di holland ni. dia ni memang peramah. dan terima kasih juga kerana sudi offer kami tinggal di rumah mereka. jangan lupa yer, kalau balik malaysia give me a shout !

dan masa summer begini ramailah yang akan bersantai menikmati cahaya matahari di dam square.

sebenarnya niat kami untuk ke amsterdam square untuk menyaksikan game holland dengan italy dalam perlawanan pembukaan mereka pada EURO 08, tetapi disebabkan terjet lag maka terpaksalah redha dapat tengok 2nd half game saja di hotel. negara Eropah memang fanatik dengan eufa euro cup .....bandaraya amsterdam memang dihias indah dengan warna oranje.

bunga turlips , satu lagi trademark netherland. walaupun dah masuk musim panas, turlip buds masih lagi boleh didapati di kedai kedai khusus di bandaraya ini.
well, the only thing i miss about amsterdam is the tram .... kenapalah kena tukar warna yer ....warna oranje dulu kan cantik jika dibandingkan dengan warna biru !