Tuesday, September 23, 2008
Ramadhan & Salam Eidul Fitril
( iftar di perkarangan masjid al nabawi - 2006)
sedar tak sedar ramadhan al mubarak sudah hampir ke penghujungnya. sedih rasanya nak meninggalkan bulan yang penuh barakah ni. tambah sedih lagi kerana hasrat untuk bertarawih serta bertahajud di malam malam terakhir bulan suci ini di baitullah tidak kesampaian. sebenarnya memang sudah bercadang untuk bersujud di masjid al nabawi dan masjid al haram lagi pada ramadhan kali ini, tetapi terpaksa dibatalkan pada waktu waktu terakhir. bila teringat kembali memang terasa tersangat hiba dan sahdu sekali bila dapat menunaikan solat tarawih, solat tahajud serta solat sunat eidul fitril dengan ribuan umat islam lain dihadapan kaabah. eidul fitri pun dah nampak bayang bayangnya, tapi seperti hari hari raya yang terdahulu, rasanya saya tidaklah looking forward sangat dengan kehadiran hari tersebut.
sebenarnya pada bulan ramadhan ni, malas rasanya nak keluar rumah, lebih lebih lagi pada waktu malam. sayang sangat nak meninggalkan solat tarawih. that explains kenapa semua undangan untuk majlis berbuka puasa saya tolak - antaranya yang dihostkan oleh KPJ Berhad, Lejadi Groups of Company, Tropicana Golf & Country Club. even majlis yang dianjurkan oleh Alumni pun saya tolak, walaupun dalam hati memang nak jumpa sangat dengan member member lama. yang perit sikit nak tolak ni undangan dari Tengku A. dia ni pelik sikit,seperti biasa akan buat majlis pada hari hari terakhir ramadhan. rasanya dah wiser now, don't worry i'll sure find my way.
.... dan semalam puan Azlina dari CIMB called menanyakan samaada nak reserve new notes untuk duit raya.
pada semua rakan taulan serta kenalan, saya mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan salam ramadhan al mubarak serta selamat menyambut hari raya eidul fitril, ribuan maaf saya pohon atas sebarang kesalahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)