Sunday, December 21, 2008

Salam Maal Hijrah



Rasanya masa berlalu begitu cepat sekali. Disember hanya tinggal beberapa hari saja lagi dan bayang bayang tahun baru dah pun timbul. Akhir tahun ingatkan bolehlah rilek sikit, tapi terbuzylah pulak. Plan for another exotic middle east holiday pun kena scrape gaya gaya ketiadaan maid untuk menemani the kiddos di rumah. Ikutkan janji agensi tu, kami akan terima replacement maid sebelum bulan ramadhan, tapi sekarang ....... masih menunggu dan menunggu.

btw, untuk kawan kawan serta pelawat blog ini, saya ucapkan selamat menyambut Maal Hijrah. Pada yang ada kelapangan, jemputlah ke rumah , kita minum petang sikit & borak borak pada 25 Disember 2008, dari 3 - 6 ptg di No. 1, Jalan Kent 4, Off Jalan Maktab 54000 K.L (berhampiran dewan perdana felda).

Monday, December 1, 2008

3 Hari 2 Malam

the much awaited break. pangkor here we come ! sebenarnya plan awal nak ke bukit tinggi in sumatra, tapi kerana kuasa veto anak anak, terpaksalah ikut pilihan mereka. perjalanan selama 3 jam agak memenatkan. balik rumah setelah selesai menghadiri jamuan amal pada malam sebelumnya dah hampir 1 pagi. terus bergegas kemas bag sebab nak mulakan perjalanan tepat pukul 8.00 pagi. perjalanan dengan feri ke PIBR dari jeti lumut mengambil masa hampir setengah jam. adiklah yang nampaknya paling excited sebab dia ni rasanya tak pernah naik feri.

bilik kami yang mengadap pantai agak run down dan tak dimaintain dengan baik. rasanya dengan rm 600 ++ untuk satu malam, one would expect a better room. di bali, one can get a very good room for just usd 100 / night. rasanya mungkin ramai setuju dengan saya kalau saya katakan bercuti didalam negeri taklah semurah yang di war war kan. untuk 2 malam penginapan (2 bilik) serta makan minum di PIBR our bil dah rm tiga ribu lima ratus ringgit. aduh !!!! kalau anak 7, 8 orang sure pening !

Anyway it does not really matter as the kiddos memang enjoy the beach. lebih bermakna, we really have quality time together. Needless to say, the beach was superb. pada kekawan, berbanyak sorry sebab tak ada apa apa souvenir - sebab tak keluar pekan pun. we just confined ourselves to the hotel & the beach.

dan beberapa keping gambar yang dirakamkan


(menunggu feri di jeti lumut)



(pemandangan dari balconi bilik)



(opps, orang putih kata sunbathing !)



(and this is geena)



(geena wish to dedicate this photo of hers to kak nana in the far away land)