Friday, September 25, 2009

Tarawih & Tahajud

Dapat juga aku menghabiskan hari hari terakhir ramadhan tahun ini di masjid al haram. kali terakhir aku bersujud mengadap baitullah adalah pada akhir ramadhan 2006. suara imam al saudis dan al makki masih seperti dulu, begitu syahdu dan merdu dan membuat aku menangis hiba semasa bersujud menunaikan solat tarawih dan tahajud.walaupun kali ini cuaca tersangat panas dan tempat penginapan lebih jauh dari masjid (akibat kerja kerja pengubahsuaian masjid), aku bersyukur kerana dapat melakukan ibadah dengan penuh keinsafan dan kesabaran.semoga Tuhan ampun segala dosa dosa aku.



(menunggu iftar diperkarangan masjid al nabawi)



(pemandangan masjid al haram dari hotel)



(suasana di dalam masjid al haram)



(sekadar berlindung dari panas matahari dengan suhu sekitar 49 C)


Ya Allah, semoga engkau memberi peluang lagi kepada ku untuk mengunjungi tanah haram mu. tambahkanlah kepada baitullah kebesaran, keagungan, kehebatan dan juga kemuliaan. Amin.