minggu ni memang buzy habis. father in law terpaksa dimasukan ke IJN. khabarnya dah mengalami blackout dan sesak nafas sebanyak 2 kali didalam bulan ramadhan. appointment untuk pemeriksaan holter di hospital sultanah aminah JB ditetapkan pada bulan februari 2008. lamanya !. anyway, selepas the other half buat a few phone calls ke hospital, dapatnya appointment dengan cardiologist pada hari khamis. pemeriksaan electrocardiography mendapati terdapat elemen heart block atau sick sinus syndrome. father in law dinasihatkan agar terus di warded, tapi memandangkan tiada sesiapa di JB melainkan hanya mother in law sorang saja, my other half terus minta beliau dirujukan ke IJN. bertolak dari JB pukul 5 petang. selepas makan malam (late dinner), terus ke emergency department IJN. warded at 12.45 am.
2 hari pertama di IJN, hanya monitor tekanan darah, pemeriksaan darah dan ujian holter. decision untuk rawatan tidak dapat dilakukan sebab masih belum mendapat kata putus dari doktor pakar perunding kardiologi yang menjaga. mengikut kata petugas wad, pakar perunding sedang berkonferen di taiwan. jadi terpaksa tunggulah tiga hari lagi sehingga pakar perunding kembali bertugas. doktor pakar klinikal dan registrar tak boleh membuat keputusan. lewat petang isnin doktor pakar perunding datang berjumpa father in law. katanya ... besuk pukol 10 pagi, pasang pacemaker.
selasa pagi semua anak anak dah ambil emergency leave dan berada di hospital. cuba berjumpa dengan pakar perunding kardiologi yang merawat tapi tak berhasil ... mungkin tersangat buzy agaknya. cuba juga berjumpa dengan doktor doktor lain dalam team beliau bagi mendapat penerangan yang lebih lanjut tentang pacemaker tu serta kesan dan komplikasi pemedahan tapi tak berhasil. the whole morning father in law nampak gelisah , mungkin takut menunggu saat pembedahan tersebut. pukol 2.15 petang baru father in law di toloak ke bilik rawatan/pembedahan kecil bagi memasukkan pacemaker tersebut. pembedahan yang dilakukan mengunakan local anesthesia mengambil masa hampir satu jam setengah. menurut father in law pembedahan tersebut dilakukan oleh seorang doktor wanita dan bukan pakar perunding tersebut. tak kiralah siapa yang melakukan pembedahan tersebut ... yang pentingnya pembedahan tersebut telah dilakukan dengan jayanya dan tanpa sebarang komplikasi.
keesokan harinya, father in law telah pun di benarkan pulang. walau pun beliau masih dalam keletihan, wajahnya memang nampak berseri seri kerana itulah hari yang paling dinanti. sebelum pulang terpaksalah settle bilnya dulu. total bil melebihi rm 16,200.00. tetapi memandangkan beliau seorang pesara kerajaan, beliau hanya perlu bayar rm 15.00 sahaja. betullah kata seorang kawan, pembedahan yang dilakukan di hospital swasta lebih murah daripada di IJN. bapa beliau yang baru menjalani prosedur yang sama (implantation of a single chamber pacemaker) di sebuah hospital swasta di ampang hanya membayar rm 11,855.00 sahaja.
walau bagaimana pun, meski pun kami tak berpeluang berjumpa dengan doktor pakar perunding kardiologi yang merawat, kami seisi keluarga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua doktor serta petugas di IJN.
src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkJIjdt8XR-XeYswnKzMp20HA21BmVqv_V6kqHSA3yoa338hGBnTwOSIjrakJuNWFDeSMMxYuBRcnCgpQ7Apw45KS0AGxm9C1wrefkeMo3QIzPw2FgkZG5_4ZPHgRywgZOpgZMYRZgH-We/s320/IMG_0272.JPG" border="0" alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5126040499061414674" />
Saturday, October 27, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hehe tok ayah nampak sgt comel though;)
alhamdulillah evrything went well.and send my regards to the supposed-to-be cardiologist.patient is much more important than whatever conference@Taiwan@other stuff.ass fella!
moga cepat sembuh
Post a Comment