minggu ni ada 2 extra holiday, deepavali dan cuti hari minggu. cantttikkk. destinasi hujung minggu adalah bandung.
masuk kali ini dah 3 kali saya ke parisj van java. tapi bagi isteri dan anak anak, ini adalah trip pertama mereka ke bandung. berbanding dengan kota kota lain di indonesia, saya rasa bandung adalah kota yang agak bersih dan tidak terlalu sesak. yang paling penting, cuacanya agak selesa (suhu sekitar 23 C) dan rata rata penduduknya agak polite, amanah dan kurang menipu.
sedia menanti kami di bandara husein sastranegara adalah wakil dari aston bandung. perjalan ke hotel di jalan braga mengambil masa kurang dari 15 minit. hotel aston terletak within a shopping mall (ala ala hotel legend di kl). walau pun agak baru (about 2 years old) tetapi maintainancenya agak kurang memuaskan jika di bandingkan dengan hilton dan grand preangear yang pernah saya menginap dahulu.
kota bandung yang agak bersih dengan landscape yang cantik.
motosikal,basikal dan mini van (angkutan kota, sama seperti mini bus di kl dulu) memenuhi hampir setiap penjuru jalan. kereta serta van jenis toyota sangat popular di kota ini. seperti kota kota lain di asia tengara, melintas jalan di kota ini memerlukan ketabahan serta skill.
factory outlets yang banyak terdapat di jalan Dago (Juanda), setiabhudi dan martadinata (riau) merupakan lokasi pupular untuk pengunjung dari malaysia. antara puluhan factory outlet, rumah mode adalah yang terbesar. bagi yang ingin membeli kain batik, kebaya serta pakaian busana muslim, pasar baru berhampiran alun alun merupakan salah satu tempat pilihan.
(diperkarangan factory outlet rumah mode)
(penuntut-penuntut jurusan tourism dari sebuah kolej universiti di shah alam yang mengakhiri lawatan sambil belajar di bandung. pasti mereka sangat terhibur semasa di bandung).
Friday, November 9, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
kenapa farhi looks like local people only?hahaha
sudah pulang pak...kapan pulang ke sini..ada ole-ole ke...
tu lerr gunanya $$$$ ekkk untuk dipeghabis!hahahaha
nampak seronok and "meriah" shopping. ILEENA TAK JELES KE ?teruja jugak nak pegi bercuti. tapi pitih tak dok. mgkin pegi port dickson aje kot. kalau ada yg nak sponsor okey gak ???heh.. heh..
heh mr fz,
saya sgt jeles.tapi ape kan daya;(
i'll have mine one soon;)
Great deal of great information and this can be useful some or maybe the other way. Keep updating your blog.
IVF Treatment Centre in Rajaji Nagar | Uterus Removal Specialist in Bangalore | Gynecologist in Bangalore
Post a Comment