Sabtu 2 November 2007. macam tak percaya pulak. dah nak penghujung bulan syawal in banyak pulak jemputan. ada 11 jemputan jamuan hari raya dan 2 jemputan jamuan perkahwinan hari ini. confirm tak larat kalau nak pergi ke semua majlis tu. sebelah malam pulak ada undangan jamuan perkahwinan di sime darby convention centre tapi dari awal awal lagi dah pun buat keputusan ..' dato', i'm very sorry. i won't be able to make it', of course alasan yang sama saya berikan pada seorang jiran dan dr. rozita di ampang jaya. - alasan sebenarnya ... nak tengok EPL Arsenal vs Manchester United (of course i'm a gunner!)
pagi semalam kak porsh call. katanya kad undangan ke majlis raya klfm telah dipos melalui pos laju (sebenarnya nama je laju tapi sampai lambat juga). entah kenapa hari ini terbuzy pulak. keluar office dah hampir jam 2 ptg. rumah dato' jalil dah confirm kena pergi sebab tahun lepas dah pun mintak maaf dengan dia sebab tak dapat hadir. jadi tahun ni memang tak ada excuse lagi.
setelah di oooozoom, maka keputusannya - attend majlis jamuan hari raya klfm di pwtc (only 5 minutes from home), then rush to rumah dato jalil di hulu klang. Jemputan di kajang, cheras, putrajaya dan shah alam terpaksalah di tangguhkan.
majlis yang sepatutnya bermula pukol 2.30 ptg bermula hampir sejam lewat sebab ramai tetamu yang tersangkut dalam kesesakan. dalam kad jemputan ada di tulis 'pakaian hari raya' - tapi bila di ingat kembali selepas solat sunat aidil fitri hari tu saya hanya mengenakan t-shirt pagoda bersama slack sahaja . nasib baiklah tak pakai t-shirt pagoda tu , sebab semua tetamu yang hadir tu memang dress to kill - terpandang pulak seorang kenalan yang duduk semeja tu. mahu 3, 4 kilo rantai cincin dan gelang emas yang dipakainya.
anyway majlis memang meriah dengan kehadiran dj dj klfm yang sangat mesra rakyat serta artis artis undangan mereka seperti jalil hamid dan ella. ramai juga artis artis yang baru, tapi rasa macam tak pernah pulak dengar nama mereka tu. majlis memang well organize, tapi satu je yang kurang (klfm tak bagi duit raya !)
antara para tetamu dan dj klfm yang menghadiri di majlis jamuan hari raya klfm 2007
(dj azizah sulaiman dan fauziah zakaria @kak porsh @kak diva yang sering mengendalikan segmen kenangan lalu kuala lumpur)
(dj kak anoy dan dj izan pun ada. khabarnya dapat makan nasi minyak dj izan bulan december nanti, jangan dia belanja burger sudah!)
( eh, kawan kita ni pun ada !)
Sunday, November 4, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
bagusnnya org malaysia..tak habis2 lagi raya!org russia dah celeb halloween dah!hahaha;)
ishhh ngalahkan bebudak! asal beraya jek nak duit raya, asal nak duit raya jek beraya..muahahahaha
ABGBECA & keluarga, jemput ke rumah kuning, Sabtu, 10 November 2007, Jam 4.00 petang hingga 8.00 malam, makan2 ++ pot pet :D:D ...lepas tu sambung openstreet another sahabat tu hehe
aje yg beno tu bro..haram deme nak bagi duit raya...zie..aku ni kau tak nak ajak ke
insyaallah norzie. kalau fight tak delay, 4 pm tu dah sampai dari bandung. kita makan lagi ......
Jenuh juga la BC tengok budak pompuan yang duduk sebelah aku hari tu. bagai nak juling biji mata dia..
psttt abg zul, dia tengok sapa ekk...kah kah kah
majlis raya klfm wonderful. dapat jumpa kawan dan kenal sahabat-sahabat baru. yang tak syok nya, betullah tu ..tak ade duit raya..maybe next time klfm bole timbang2kan.
Great deal of great information and this can be useful some or maybe the other way. Keep updating your blog.
IVF Treatment Centre in Rajaji Nagar | Uterus Removal Specialist in Bangalore | Gynecologist in Bangalore
Post a Comment