Thursday, December 20, 2007

Salam ldul Adha


salam idul adha buat semua keluarga serta kawan kawan. ribuan maaf pada baba tersayang kerana tidak dapat beraya di kampung. terasa sayu dan sidih bila memikirkan baba yang keseorangan di kampung. sejak pemergian mama, baba banyak menghabiskan waktu beliau di rumah anak-anak di kuala lumpur. hanya minggu lepas baba insisted nak balik beraya di kampung bagi menguruskan hal hal korban. nasib baiklah dapat ticket mas (airasia agaknya mesti dah fully book).

seperti setiap musim perayaan, banyaklah sms yang diterima mengucapkan salam kesejahteraan. yang terkilannya seperti masa masa lalu ada pengirim sms (yang tidak tersenarai dalam phone book) terlupa menulis nama mereka, maka tergaru-garuslah kepala ini cuba membayangkan siapakah gerangan mereka. apa-apa pun ribuan terima kasih atas ingatan kalian.

antara banyak-banyak sms yang diterima, satu menarik perhatian saya .....
" satu perhimpunan akan diadakan pada 20 disember ini. diharap semua orang melayu islam BERSEDIA!. anda haruslah membawa senjata seperti parang, pisau dll yang tajam! PERHIMPUNAN BERDARAH ini bertempat di masjid kariah anda. SELAMAT HARI RAYA KORBAN "

8 comments:

black_canary said...

Salam bro...mcm kenal aje sms tu ye..tahun ni pun aku tak balik kg, 1st time beraya di rumah sendiri kerana wife aku tak larat nak duduk lama dlm kereta..satu pengorbanan sang suami buat isteri tercintanya...

IXORAROXI said...

sebut korban ni...kesian nya tengok tapak tangan dan jari2 suamiku sayang...koyak & berdarah2, pagi ni tangannya tu dah bengkak..kerana menyelamatkan seekor lembu korban yg terlepas ikatan dan mengejar orgramai di surau semalam...lelain semua tak berani...sidia tu lah yg memegang tali yang dapat dicapai sepenuh kudrat yg ada dan menambat semula lembu tu yg telah selamat dikorbankan...:D
salam aidiladha jua buat ABGBECA & family

ileena said...

salam eid adha everyone;)

we'll be having our korban on Saturday ,organized by our UMNO here.

the thing is, i'm in charge in cooking 3kg of beef briyarni!!!

godbless~

zorrokantoi said...

BC,
nko pun dapat sms yang sama ke ?

Ix,
kesian. patutlah lembu tu dikorbankan.

Na,
sejak bila pulak pandai masak biryani ni ? .... ish ish kalah pelita nasi kandar

D said...

HaHa! I like that sms!!

Eddie Putera said...

haku dah siap parang.. lembu pulak tak der.. last last aku bantai tido jer pepagi raya.. hampeh

zorrokantoi said...

d,
i was fairly shock when i first read the sms, kena pulak time Hindraf buat hal. anyway it was a nice joke

adiejin,
how i wish i can also buzz of on that day ...

Anonymous said...

Salam...
Sorry for the very very late comment.
Sedih juga rasanya bila menyambut Aidil Adha di Negara Bukan Islam (Myanmar)
Pagi pi sholat... sekadar sholat ajelah... tak faham pun apa yang di kutbahkan... Sekali cakap Burma da... tak macam dulu dulu... masa study dulu... kutbah cakap orang puteh...
Lembu korban kat sini tak ada... kambeng biri biri yang banyak...
Apa pun... Selamat menyambut denga penuh taqwa dan keberkatan... Amin